14/04/14

SUSU IBU..PERLINDUNGAN KEPADA BAYI


Umum sedia maklum tentang kehebatan susu ibu sebagai sumber makanan awal untuk bayi yang terbaik. Khasiatnya yang terlalu banyak sangat rugi sekiranya tidak diberikan kepada si kecil yang baharu menjengah ke dunia ini.

Susu ibu adalah sumber makanan yang kompleks, di mana terdapat bermacam unsur berguna untuk melawan penyakit dan meningkatkan kesihatan. Oleh itu apabila bayi menyusu, bayi akan terlindung daripada pelbagai penyakit.

Setitik air susu ibu mengandungi sejuta sel darah putih yang disebut makrofag. Ia berfungsi untuk ‘menelan’ semua kuman. Susu ibu mengandungi immunoglobulin A yang melapisi lapisan usus bayi yang belum kuat, membuatkan usus terlindung daripada pelbagai kuman.

Immunoglobulin A juga berfungsi untuk mencegah alergi makanan. Dengan melapisi lapisan usus bayi, immunoglobulin A mencegah molekul-molekul daripada makanan asing masuk ke dalam alilran darah yang boleh menyebabkan alergi.

Susu awal yang hadir sebaik bayi dilahirkan iaitu kolostrum mengandungi banyak immunoglobulin A yang sangat diperlukan oleh bayi. Bahkan kolostrum juga mengandungi lebih banyak sel darah putih dan agen penentang jangkitan jika dibandingkan dengan susu ibu yang biasa.

Seusia perkembangan bayi, susu ibu berfungsi untuk terus melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan. Setiap kali ibu mnyusukan bayi, ibu memindahkan antibody ke sistem imun bayi supaya sistem imun si kecil menjadi semakin kuat. Sekiranya bayi diserang oleh kuman, antibody yang dipindahkan oleh ibu akan menengant jangkitan kuman tersebut.

Share this

0 Comment to "SUSU IBU..PERLINDUNGAN KEPADA BAYI"

Catat Ulasan