13/07/16

UJIAN KOLONOSKOPI MURAH, JIMAT MASA DAN MAMPU CEGAH ANDA DARI TERKENA KANSER USUS


Rahayu (bukan nama sebenar) sering mengalami sakit perut, kurang selera makan, sembelit, letih dan tinja berdarah. Namun, dia tidak pernah merujuk doktor kerana berasakan itu adalah simptom sakit perut biasa yang disebabkan salah memilih makanan dan makanan terlalu pedas.

Tanpa sedar, usianya yang menjangkau 45 tahun dengan mempunyai latar belakang ahli keluarga yang menghidap kanser menjadikan dirinya sebagai golongan yang berisiko tinggi menghidap kanser usus.

Malah, beberapa tahun lalu ibunya juga meninggal dunia akibat kanser pada usia 65 tahun. Kegagalan Rahayu memahami bagaimana kanser usus dapat dicegah sekiranya mendapat rawatan awal, menyebabkan wanita itu juga bakal berdepan dengan nasib yang sama seperti ibunya.

Itu antara fenomena yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini apabila kebanyakan mereka sering mengabaikan pemeriksaan kesihatan terutama golongan yang telah berusia.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati kira-kira 19,000 daripada setiap 100,000 rakyat negara ini menghidap pelbagai jenis kanser dan wanita adalah golongan yang paling berisiko menghidap penyakit berkenaan, iaitu membabitkan 10,290 pesakit daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia.

Lima kanser paling kerap menyerang rakyat negara ini adalah kanser payudara sebanyak 48.5 peratus, usus (12.1 peratus), paru-paru (11.8 peratus), pangkal rahim (5.7 peratus) dan kerongkong (5.4 peratus).

Kanser usus merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar. Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus kanser berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Kanser usus berada di tempat kedua pembunuh utama wanita, namun hakikatnya kanser usus dapat dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal dengan menjalani ujian kolonoskopi 15 tahun lebih awal daripada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.

Menurut Perunding Perubatan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, kanser usus tidak mempunyai tanda gejala pada peringkat awal apabila pesakit tidak akan menyedari mereka menghidap kanser usus sehingga penyakit berkenaan telah berada pada tahap yang kronik.

Jelas Dr. Raja Affendi, kebanyakan penghidap tidak akan merujuk pada doktor kerana mereka tidak berasa sebarang kesakitan atau kelainan pada tubuh mereka.

Mengikut rekod, hanya sembilan peratus penghidap di negara ini yang merujuk doktor pada peringkat awal, iaitu peringkat boleh sembuh, manakala 28 peratus lagi pesakit sedar ketika kanser pada tahap dua dan selebihnya hanya tahu ketika berada tahap yang kronik.

“Kesedaran orang ramai untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan amat penting kerana hampir 90 peratus pesakit yang dikesan pada peringkat awal berjaya sembuh dalam tempoh lima tahun selepas mendapat rawatan.

“Ini kerana, 80 peratus penghidap kanser usus adalah mereka yang mempunyai latar belakang ahli keluarga yang pernah mempunyai kanser, manakala selebihnya mereka yang dikesan melalui pemeriksaan kesihatan biasa yang dijalankan.

“Justeru, mereka yang berisiko menghidap penyakit ini sepatutnya boleh sembuh sekiranya mereka tampil menjalani ujian kolonoskopi dengan lebih awal.

“Ini boleh dilakukan apabila ada ahli keluarga yang menghidap kanser pada usia 65 tahun, jadi pesakit itu perlu jalani ujian pada usia mereka 50 tahun agar lebih cepat rawatan kita dapat diberikan,” katanya pada majlis diskusi ilmu Kanser Usus: Adakah Anda Berisiko dan Bolehkah Dicegah? anjuran Persatuan Kakitangan Akademik UKM dan Institut Keselamatan Pekerjaan UKM baru-baru ini.


Kanser usus bermula daripada polip

Menurut Dr. Raja Affendi, kanser usus berlaku apabila wujudnya polip, iaitu ketumbuhan kecil pada permukaan usus, yang berpotensi berubah menjadi prakanser (pre-cancer) terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser.

Tambah beliau, saiz polip adalah kecil iaitu satu sentimeter atau kurang, namun lama-kelamaan dalam tempoh beberapa tahun polip berubah menjadi besar dan menjadi sel kanser.

Oleh sebab saiznya terlalu kecil pada peringkat awal, lazimnya pesakit tidak menyedari kehadirannya melainkan hanya boleh dikesan melalui kaedah kolonoskopi. Walaupun tidak semua polip akan berubah menjadi kanser, doktor sering menasihatkan polip yang dikesan perlu dibuang ketika ujian itu dijalankan ke atas pesakit bagi mengurangkan risiko kanser usus.

“Tempoh polip merebak menjadi kanser tidak dapat dijangka kerana bergantung kepada tahap kesihatan pesakit dan tabiat hidup mereka. Jika mereka kurang serat, merokok, berat badan berlebihan dan diet lemak yang tinggi, maka polip mudah merebak dengan cepat dan lazimnya sekitar 10 hingga 15 tahun, malah ada yang lebih cepat daripada tempoh itu.

“Apa yang membimbangkan, polip yang merebak menjadi kanser akan menyerang bahagian organ dalaman seperti hati, paru-paru, otak dan tulang. Sebaik sahaja empat organ ini diserang adalah amat sukar untuk pesakit sembuh,” jelasnya.


Ujian kolonoskopi hanya 15 minit

Terdapat dua cara untuk mengenal pasti sama ada pesakit menghidap kanser usus, iaitu melalui ujian pengesanan darah di dalam najis (iFOBT) bagi kumpulan yang berisiko rendah dan ujian kolonoskopi bagi kumpulan berisiko sederhana dan tinggi.

Melalui iFOBT yang dilakukan secara tahunan, mampu mengesan hampir 92 peratus kanser usus yang dihidapi, selain mengurangkan kadar kematian akibat kanser sebanyak 33 peratus selepas 13 tahun.

Ujian kolonoskopi pula, hanya mengambil masa 15 hingga 45 minit, iaitu selepas pesakit diberi ubat tidur, wayar dengan kamera sepanjang satu meter serta peralatan memotong polip dimasukkan ke dalam rektum pesakit.

“Dari itu, doktor akan melihat usus menggunakan kamera khas dan terus membuang polip yang dikesan. Jangan risau, keadah ini langsung tidak menyakitkan, malah pesakit tidak akan sedar proses itu berlangsung kerana mereka dibius.

“Kos buat ujian kolonoskopi tidak mahal dan hanya memerlukan masa paling lama pun sejam sahaja. Apa yang pasti, dengan tindakan pemeriksaan awal, hakikatnya kita telah membantu diri sendiri daripada bergelar pesakit kanser, malah lebih kurang RM700 juta dapat dijimatkan setahun untuk kos perubatan dan rawatan pesakit ini,” ujarnya.

Share this

2 Responses to "UJIAN KOLONOSKOPI MURAH, JIMAT MASA DAN MAMPU CEGAH ANDA DARI TERKENA KANSER USUS"

  1. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang….

    BalasPadam
  2. Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    BalasPadam