29/04/14

BAYI DEMAM


Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.
Mengapakah bayi saya sering demam?

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
selesema;
flu;
krup;
sakit tekak;
jangkitan telinga;
jangkitan salur kencing;
masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). 

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. 

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. 

Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam: 
Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. 

Hubungi pakar pediatrik anda jika:
bayi anda berkelakuan aneh;
tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
dia amat letih dan tidak menyusu.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 
Apa maksud kekejangan febril?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. 

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera. 

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda. 

Artikel dari BabyCenter

23/04/14

DEDAH PERSEKITARAN YANG BETUL



Kanak-kanak yang lambat perkemba­ngannya perlu didedahkan kepada persekitaran yang betul untuk membolehkan si kecil ini kembali normal.

Walaupun ia tidak membimbangkan, ibu bapa seharusnya mengambil berat hal ini. Barangkali ada ibu bapa yang tidak mengendahkan perkara ini kerana menganggap anak tidak menghadapi sebarang masalah cuma lambat dari segi perkembangan.

Bagaimanapun sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal, ia boleh memberi kesan kepada anak yang tidak berkembang pada kadar sewajarnya.

Memikirkan kepentingan rawatan awal masalah ini, Rinarul Emma Mohd Nor, 33, yang bekerja sebagai guru segera mendapatkan rawatan pakar untuk menyelesaikan masalah dihadapi anak tunggalnya, Muhammad Khalif Ar Rayyan Bakhtiar, 4.

Anaknya itu agak lambat berjalan iaitu pada usia setahun enam bulan manakala ketika berusia tiga tahun, anaknya langsung tidak boleh bercakap dan tidak pandai untuk menyebut perkataan mudah seperti ibu atau ayah.

Perkara itu amat membimbangkan kerana anak tunggal hasil perkongsian dengan suami, Bakhtiar Hassan, 38, hanya memberi reaksi dengan tingkah laku seperti menarik rambut dan menyebut perkataan mudah.

“Setiap kali mahukan sesuatu, dia memberontak dengan menangis sehingga keinginannya diperoleh.

“Dia juga menarik rambut untuk menyatakan sesuatu hingga kami berasa anak kami bermasalah. Malah dia juga langsung tidak pandai menunjukkan reaksi untuk mendapatkan barangan yang dimahukan dan kami perlu tahu menterjemahkan apa yang dia kehendaki,” katanya.

Seharusnya pada umur begitu, anaknya sudah mengetahui beberapa perkataan seperti menyebut ibu, ayah dan beberapa perkataan mudah.

Namun anaknya langsung tidak tahu menyebut perkataan mudah, malah hanya memberontak dan menangis.

Anaknya juga hiperaktif dengan melakukan sesuatu perkara tanpa berasa penat hinggakan dia dan suami yang keletihan.

Memikirkan cara sesuai, dia bersama suami mendapatkan rawatan terapi dua kali sebulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kira-kira setahun lalu.

Pakar juga mencadangkan supaya dia mencari pusat pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk membantu mempercepatkan proses perkembangannya.

Wanita ini akui sanggup melakukan apa saja demi memulihkan perkembangan anak kesayangan mereka, malah dia tidak jemu mencari beberapa pusat termasuk tadika, namun kebanyakannya tidak sesuai.

Akhirnya dia menemui pusat perkembangan kanak-kanak Excel Qhalef di Jalan Reko Kajang yang menyediakan pelbagai latihan dan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia kurang lima tahun.

Rinarul berkata, antara latihan yang disediakan ialah komunikasi, cara bergaul dengan rakan serta pembelajaran sambil bermain yang sesuai dengan usia anak.

Anak kecil sememangnya tidak boleh dipaksa dan diberi arahan kerana mereka akan cepat memberontak.

“Justeru, kita harus tahu apa yang sesuai, misalnya dari segi cara didikan kerana mereka akan mudah faham, bukannya memberi pelbagai arahan tidak munasabah.

“Pembelajaran di pusat itu memberi perkembangan positif dalam masa empat bulan apabila anak saya sudah pandai menyebut perkataan mudah.

“Ia amat menggembirakan kami kerana berlaku perubahan drastik pada anak yang tidak lagi memberontak untuk mendapatkan sesuatu,” katanya.

Menceritakan sikap anaknya sebelum ini, si kecil itu langsung tidak boleh melihat dirinya bercakap dengan suami atau rakan kerana dia mudah bosan dengan menunjukkan reaksi menarik rambut atau menangis.

Pada umur tiga tahun, perbuatan itu tidak sesuai dengan dirinya kerana dia seharusnya sudah pandai mendengar arahan dan didikan.

Menurutnya, selepas empat bulan sesi pembelajaran, anaknya menunjukkan perubahan ketara apabila sikap agresif dan suka memberontak hilang serta-merta.

Anaknya juga lebih matang, sesuai dengan usia malah tidak lagi menarik rambut apabila dia bercakap dengan suami dan rakan. Kini si kecil itu berdiam diri atau bermain dengan permainannya saja.

Malah menurut Rinarul, sebelum ini anaknya langsung tidak pandai melompat dan bermain permainan, namun dia bersyukur sesi pembelajaran di pusat berkenaan mengubah segala-galanya.

Walaupun hanya menghadiri kelas seminggu sekali, ia sudah memadai kerana memberi peluang kepada anak kecil untuk belajar, bergaul dan bercakap dengan rakan lain.


Praktik di rumah

Pembelajaran anak bersama ibu bapa dan guru itu sesuai dipraktikkan kerana mengubah sikap anak kecil supaya menjadi lebih matang.

Antara pembelajarannya termasuk melukis, mewarna bersama ibu bapa, bermain dan melompat bersama sambil mendengar muzik.

Segala perbuatan itu juga dipraktikkan di rumah menjadikan daya pemikiran anak lebih kuat kerana mengingati apa yang dipelajari di kelas.

Bakhtiar pula berkata, walaupun sesi pembelajaran banyak menekankan konsep pembelajaran sambil bermain dan mendengar muzik, ia amat penting untuk membantu perkembangan anak kecil.

Mendengar muzik membuatkan anak kecil berasa seronok dan tidak sabar untuk melakukan sesuatu misalnya melukis, mewarna dan menulis.

“Saya menyukai konsep ini kerana membantu perkembangan pemikiran anak yang suatu ketika dulu seorang yang hiperaktif. 

“Dia juga sudah pandai bercakap untuk meminta sesuatu, bukannya menarik rambut atau menangis. Jika anak mempunyai simptom sedemikian, dapatkan rawatan pakar kerana ia memberi perkembangan positif kepada tumbesaran mereka,” kata­nya.


Dulu tak pandai bergaul

Ibu dua anak, Siti Asmah Mohd Johar, 32, pula mengakui menghantar anak ke pusat perkembangan kanak-kanak amat penting kerana ia membantu perkembangan minda dan fizikal.

Sekiranya anak hanya menjalani latihan di rumah tanpa bergaul dengan orang luar, mereka akan menjadi lebih agresif dan tidak pandai berkawan.

Anak sulungnya, Muhammad Awatif Fadzil Azim, 4, dan adiknya, Faiqah Aqalili, 3, dulu langsung tidak pandai bergaul dan hanya berkawan sesama mereka.

“Jika berjumpa dengan rakan sebaya, anak sulung saya lebih suka memukul bukannya berkawan. Sikapnya itu amat merisaukan kerana suka menunjukkan reaksi tidak sepatutnya kepada kawan. Apabila bersama adiknya, dia juga kerap memukul.

“Dia juga tidak pandai berkomunikasi malah memberontak untuk mendapatkan sesuatu. Ini tentunya membimbangkan kami,” katanya.

Dia bersama suami, Fadzil Azim Hashim, 32, yang bekerja sebagai jurutera mencari beberapa tadika untuk menjalani sesi pembelajaran.

Namun, semua tadika tidak memenuhi apa yang diingini kerana hanya menekankan pembelajaran tanpa memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

“Pada usia ini saya mahu anak menjalani pembelajaran di samping bermain kerana ia akan memberi keseronokan dan memudahkan mereka menyerap ilmu.

“Belajar sambil bermain adalah satu teknik sesuai kepada perkembangan anak kerana mereka menunjukkan perkembangan positif. Malah si kecil ini pandai melakukan pelbagai perkara di rumah misalnya basuh muka dan gosok gigi di waktu pagi.

“Sebelum ini semua perkara ini perlu dipaksa, namun selepas menjalani pembelajaran menyeronokkan mereka sendiri melakukannya,” katanya.

Siti Asmah berkata, jika mahukan yang terbaik kepada perkembangan anak, ibu bapa perlu melakukan perubahan misalnya menghantar anak ke sekolah pada usia muda supaya mereka dapat bergaul dengan orang ramai.

ATASI SI COMEL MENGAMUK


Mengamuk atau memberontak dengan menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia di antara 18 bulan hingga empat tahun.

Tindakan yang kurang menyenangkan ini sekadar mahu memberi isyarat kepada orang tua supaya memberi lebih perhatian kepada mereka. 

Dengan cara mengamuk, mereka beranggapan akan mendapat perhatian apabila ibu bapa mula memujuk dan memikirkan cara sesuai untuk menambat hati anak. 

Namun, ada segelintir ibu bapa yang tidak pandai memujuk anak apabila anak sering mengamuk untuk mendapatkan sesuatu.

Walaupun mengamuk disifatkan sesuatu yang normal bagi anak kecil, ia sememangnya mencabar kesabaran ibu bapa.

Mengamuk mempunyai pelbagai bentuk iaitu kemarahan, kekecewaan dan tingkah laku yang mencabar. 

Si kecil boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang di sekitar mereka, berkelakuan ganas dan menahan nafas mereka. 

Sikap sedemikian tentunya memberi kesan kepada kedua-dua pihak sama ada si anak mahupun ibu bapa atau penjaga dari segi emosi dan mental. 

Berikut antara cara yang boleh diamalkan ibu bapa untuk menangani masalah anak mengamuk: 


~ Ketika anak sedang mengamuk 

Langkah penting ketika ini adalah menenangkan kembali sikap anak khususnya memastikan beberapa perkara penting iaitu keselamatan si anak. 

Ibu bapa perlu memberi perlindungan sebaiknya kepada anak supaya mereka tidak berasa takut dan lebih selamat. 

Anak akan mengamuk sekiranya melihat keadaan yang menakutkan seperti pergaduhan di antara ibu bapa, jadi elakkan perkara ini daripada berlaku di depan mereka. 

Walaupun masih kecil, anak sudah mengerti apa yang terjadi di depan mata. 


~ Pastikan anak dalam keadaan tenang 

Anak seharusnya sentiasa berada dalam keadaan tenang. Sekiranya menangis inginkan sesuatu, ibu bapa perlu segera memujuk mereka supaya tangisan itu tidak berlanjutan hingga memudaratkan. 

Jangan biarkan si kecil menangis dalam keadaan begitu lama kerana keadaan ini boleh mengganggu kestabilan emosi. 


~ Jika boleh asingkan anak anda 

Anak yang suka mengamuk perlu diasingkan iaitu letak di sebuah bilik bersama anda. Jangan biarkan dia berada di persekitaran yang menggang-gu emosi kerana ini hanya akan memburukkan keadaan. 

Jangan mengurung anak seorang diri semata-mata mahu menghukum tetapi ibu bapa perlu memantau keadaan anak. 


~ Jangan menghukum 

Ramai ibu bapa mengambil pendekatan mudah dengan menghukum anak mereka yang sedang mengamuk. Sikap ini menjadikan suasana lebih buruk apabila anak akan menunjukkan reaksi yang lebih agresif. 

Elakkan memukul dan menjerit dengan memarahi anak kerana bukan saja anda yang tertekan, malah keadaan itu juga akan mengganggu emosi mereka. Lebih baik memujuk sambil memeluk supaya anak berasa lebih tenang dan rasa disayangi. 


~ Jangan memberi hadiah sebagai menghentikan sikap mengamuk 

Elakkan memberi hadiah atau apa yang diinginkan anak apabila mengamuk kerana tidak mustahil dia akan melakukan perkara serupa untuk mendapatkan sesuatu. 

Walaupun hanya pandai mengamuk untuk mendapatkan sesuatu, keadaan ini amat bahaya kerana anak akan mengulangi sikap ini walaupun di depan khalayak.

21/04/14

DEMAM CAMPAK PADA KANAK-KANAK


Demam Campak
Demam campak atau Rubeola adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

PETUA :: Menghilangkan parut demam campak
Jika si kecil terkena demam campak, hilangkan parut yang hitam dan hodoh dengan cara berikut. Ambil secekak daun bambu dan tumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan bedak sejuk dan letakkan di seluruh tempat berparut. Biarkan semalaman. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tanda parut akan berkurangan sedikit demi sedikit.

18/04/14

KENAPA ANAK ANDA TIDAK MAHU MAKAN??

Anda mesti dan akan melalui situasi begini ketika ingin memberi makan pada anak anda.


Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
♦ Bermasalah dengan gigi. (Rasanya Akiff takda masalah)
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan. (Mungkin jugak tapi ummie dah try buat menu lain dah... tak jalan jugekkk...)
♦ Terlalu banyak bermain. (Ni salah satu la kot... nak main jer kejernyer..)
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama. (Mungkin jugak... Akiff nak kawan ehhh??? Bagi tau ummie... hehehe...)
♦ Tidak berselera untuk makan. (Mmg ni la masalahnya pun... kalau berselera takyah nak suruh mmg dia mintak sendiri..)
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan. (Yer kot... sbb gua slalu paksa Akiff makan banyak... huhuhu...)

Tip Makanan Untuk Anak Kurus :
♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak. (Ooo... Ok...)
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari. (Ok... akan cuba)
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. (Sekarang ni memang nak bagi Akiff makan buah banyak2)
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. (Kadang2 ada jugak beli untuk Akiff coklat tapi nak kena kurangkan lagi ni... hehehe)

Panduan Menggalakkan Anak Makan :
♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan. (Selalunya kalau dia tak nak makan gua l;agi kejar dia ada laa... hehehe..)
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat. (Memang kebiasaan Miss Permaisuri masak sendiri untuk Akiff.. kadang2 jer bli bubur mekdi)
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera. (Ooo... slalunya kami bergilir2 sebab take turn jaga Akiff... lepas ni kena ajak Akiff makan skali laa...)
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa. (Gud idea... nak kena praktiskan ni... tp takut die sebok nak main smpai takmo makan pulakk...)

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.


PIRAMID MAKANAN


INFO DARI MAJALAH PA&MA

14/04/14

SUSU IBU..PERLINDUNGAN KEPADA BAYI


Umum sedia maklum tentang kehebatan susu ibu sebagai sumber makanan awal untuk bayi yang terbaik. Khasiatnya yang terlalu banyak sangat rugi sekiranya tidak diberikan kepada si kecil yang baharu menjengah ke dunia ini.

Susu ibu adalah sumber makanan yang kompleks, di mana terdapat bermacam unsur berguna untuk melawan penyakit dan meningkatkan kesihatan. Oleh itu apabila bayi menyusu, bayi akan terlindung daripada pelbagai penyakit.

Setitik air susu ibu mengandungi sejuta sel darah putih yang disebut makrofag. Ia berfungsi untuk ‘menelan’ semua kuman. Susu ibu mengandungi immunoglobulin A yang melapisi lapisan usus bayi yang belum kuat, membuatkan usus terlindung daripada pelbagai kuman.

Immunoglobulin A juga berfungsi untuk mencegah alergi makanan. Dengan melapisi lapisan usus bayi, immunoglobulin A mencegah molekul-molekul daripada makanan asing masuk ke dalam alilran darah yang boleh menyebabkan alergi.

Susu awal yang hadir sebaik bayi dilahirkan iaitu kolostrum mengandungi banyak immunoglobulin A yang sangat diperlukan oleh bayi. Bahkan kolostrum juga mengandungi lebih banyak sel darah putih dan agen penentang jangkitan jika dibandingkan dengan susu ibu yang biasa.

Seusia perkembangan bayi, susu ibu berfungsi untuk terus melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan. Setiap kali ibu mnyusukan bayi, ibu memindahkan antibody ke sistem imun bayi supaya sistem imun si kecil menjadi semakin kuat. Sekiranya bayi diserang oleh kuman, antibody yang dipindahkan oleh ibu akan menengant jangkitan kuman tersebut.

10/04/14

PENTING BUAH-BUAHAN BUAT SI IBU YANG SEDANG HAMIL


Soal pemakanan sering diberi perhatian apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung. Keprihatinan daripada ahli keluarga memberikan makanan cadangan yang mesti diambil oleh bakal ibu kadang kala membuatkan ibu berasa keliru.

Terlalu banyak cadangan yang diberikan, membuatkan ibu bingung mana satu yang hendak diikuti. Sebenarnya anda tidak perlu bimbang atau keliru terhadap makanan cadangan yang disarankan. Sekiranya cadangan tersebut berkaitan dengan buah dan sayuran, maka tiada masalah untuk mengikutnya.

Sememangnya ibu hamil dicadangkan untuk makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ia bagus untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.  Khasiat yang ada dalam buah dan sayur membekalkan pelbagai nutrisi untuk menjaga kesihatan ibu dan anak.

Oleh itu bakal ibu disarankan makan tidak kurang daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari. Ibu boleh mempelbagaikan jenis sayuran dan buah-buahan yang dimakan selain daripada memvariasikan cara hidangannya sama ada secara mentah, dibuat jus, distim, digoreng dan lain-lain.

Bagaimanapun, pakar pemakanan lebih menggalakkan ibu hamil makan sayur-sayuran dan buah-buahan secara segar untuk memastikan vitamin didalamnya terpelihara dan dapat dinikmati oleh ibu hamil tanpa sebarang kerosakan.


KETAHUI KHASIAT SUSU IBU UNTUK SI KECIL

Khasiat Lain Susu Ibu

Kebanyakan ibu sedia maklum mengenai kebaikan memberikan susu ibu kepada bayi. Khasiatnya yang banyak itu sememangnya memberikan kesan jangka panjang yang positif kepada bayi tersayang.  Antara manfaat popular apabila memberi bayi minum susu ibu secara eksklusif adalah bayi mempunyai sistem imuniti yang lebih tinggi, melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru, bayi mempunyai IQ lebih cerdas, tidak mudah tercemar dengan kuman dan banyak lagi.


Namun demikian mungkin kita tidak perasan ada kebaikan lain yang sebenarnya terhasil daripada pemberian susu ibu secara eksklusif kepada bayi dan ia seharusnya diraikan oleh semua ibu agar terus bersemangat menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Najis bayi kurang berbau

Tahukah ibu, bayi yang minum susu ibu mengeluarkan najis yang kurang berbau berbanding dengan bayi yang minum susu formula. Biasanya reaksi spontan ibu tatkala menyalin lampin anak selepas membuang air besar boleh memberi kesan kepada bayi sendiri. Bayangkan reaksi ibu yang membuat muka terkejut ketika tercium bau najis bayi, tentu sahaja ekspresi ibu boleh mempengaruhi mental bayi. Jadi apabila najis bayi kurang berbau kerana dia minum susu ibu, ibu akan menunjukkan reaksi bahagia ketika menyalin lampinnya, dan ini turut membuatkan bayi tersenyum.

Kulit bayi lebih sihat

Biasanya bayi yang minum susu ibu sepenuhnya kurang menghadapi masalah alergi kulit. Kulit bayi minum susu ibu lebih halus, bersih dan lembut kerana bebas daripada masalah ruam dan sebagainya. Sementara bayi yang minum susu formula lebih berisiko mempunyai masalah kulit seperti ruam, kering dan bermasalah.

Penglihatan lebih bagus

Kajian yang dijalankan telah membandingkan tahap penglihatan bayi yang minum susu ibu dengan bayi minum susu formula. Hasilnya, penglihatan bayi minum susu ibu didapati lebih baik kerana kandungan DHA yang ada dalam susu ibu. DHA adalah salah satu komponen struktur utama dalam retina bayi.


7/04/14

KETAHUI CARA MEMANDIKAN BAYI ANDA..


Bayi anda mungkin amat suka bermain air, namun begitu ada peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk membuat waktu mandi selamat selain menyeronokkan. Perkara yang paling utama dan paling penting ialah jangan tinggal bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Teruskan membaca untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi anda bersih dan selamat. 
Apakah suhu yang sesuai untuk air mandian bayi saya?

Pastikan air mandian bayi suam dan selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai. 

Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandian itu. Sesetengah termometer direka bentuk seperti mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tidak mempunyai termometer, celupkan siku anda ke dalam air untuk menguji samada ia terlalu panas atau terlalu sejuk. 

Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian barulah air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas. 

Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip. Walaupun dia masih tidak tahu membuka paip ketika ini, tetapi tidak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri. 

Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ia keluar daripada kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur darjah kedua dan ketiga dalam beberapa saat sahaja dia berada dalam air yang terlalu panas. 

Walaupun air mandiannya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya daripada air, jadi pastikan bilik anda panas dan selesa. Apabila mengangkat bayi daripada besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin. 

Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam. 
Berapa dalamkah sepatutnya air mandian itu?

Untuk bayi baru lahir sehingga usia enam bulan, isikan besen sedalam kira-kira 13sm. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam. 

Jangan sekali-kali meletakkan bayi yang lebih besar dan juga anak kecil dalam air yang kedalamannya lebih tinggi daripada pinggang mereka (posisi duduk). Dan jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air sedang mengalir. Kedalaman air boleh naik sehingga menjadi terlalu dalam. 
Bagaimanakah cara memegang bayi dengan selamat di dalam air?

Anda mungkin mahu menggunakan alat penyangga untuk membolehkan tangan anda mencuci badan bayi dengan bebas. Jika bayi anda belum boleh duduk, endul mandi bayi akan membendungkan bayi di dalam air. Jika dia sudah boleh duduk sendiri, anda boleh menggunakan kerusi mandi bayi. 

Sentiasalah berada di samping bayi semasa dia sedang mandi, samada anda menggunakan besen atau penyangga mandi. Bayi boleh lemas dalam air yang kurang daripada 3sm, dan dalam beberapa saat sahaja bayi boleh tergelincir ke dalam air dan tak berupaya menyelamatkan diri. Walaupun dengan penggunaan alat sokongan semasa mandi, bayi masih boleh lemas atau mengalami kecederaan yang serius jika ditinggalkan berseorangan. 

Jika anda menggunakan tab mandi, letakkan pelapik getah di lantai tab. Tatkala bayi anda sedang membesar, latih supaya dia duduk diam dalam tab pada bila-bila masa. Ini dapat mengelakkannya daripada berdiri, tergelincir atau hilang imbangan. 
Berapa kerapkah harus saya mandikan bayi saya?

Terpulang kepada anda berapa kerap anda mahu memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Tetapi, jika anda tidak mahu memandikan bayi anda setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama. 

Asalkan anda mengelap seluruh badannya dari atas ke bawah, dan membersihkan semua kotoran yang dapat dilihat pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi anda sudah cukup bersih. 

Apabila bayi anda berusia dua bulan anda mungkin mahu menjadikan mandi sebagai sebahagian daripada rutin tidur bayi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu sudah memadai. 

Gunakan sabun lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandian. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi anda licin, jadi peganglah bayi anda dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air. 
Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi saya?

Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi anda apabila dia berusia dua bulan, selagi anda yakin boleh memegangnya dengan baik. Anda akan memerlukan seorang berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada anda dalam tab, dan mengambilnya daripada anda semasa anda keluar daripada tab. 

Sebagai alternatif, suami anda boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan anda membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan ikatan antara bapa dan bayi. 

Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya terlebih dahulu. Kemudian siapkan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas. 
Bolehkah saya keluar daripada bilik mandi untuk seketika?

Tidak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginya sekali lagi.) 

Sediakan semua yang anda perlukan untuk memandikan bayi anda sebelum bermula, iaitu tuala, sabun dan kelengkapan mandian yang lain, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda rasa anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda. 


ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA IBU BAPA


Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan.

Ini bukanlah satu kisah yang dongeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti yang mana dikatakan hampir setiap hari kes sebegini berlaku dinegara kita malah ianya seperti kemuncak yang tiada pasang surutnya apabila setiap hari kes-kes seperti ini terpampang didada akhbar mahupun televisyen.


BOLEHKAH MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA MUHAMMAD??


Nama-nama Pilihan - Lelaki
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Soalan:

Bolehkah menamakan anak dengan nama “Muhammad”?  Saya dengar ada orang yang kata tidak boleh.

Jawapan:

Boleh memberikan nama “Muhammad” berdalilkan hadis berikut:

Jabir bin Abdullah berkata: (Isteri) seseorang di antara kami melahirkan anak lelaki lalu diberi nama Muhammad. Maka keluarganya berkata: “Kami tidak membolehkan anda menamakan anakmu dengan nama Rasulullah.”

Maka dia menemui Nabi sambil menggendong anaknya seraya berkata: “Ya Rasulullah! Anakku lahir seorang lelaki lalu kuberi nama Muhammad. Keluargaku mengatakan tidak boleh memberi nama dengan nama Rasulullah. Bagaimana?”

Rasulullah menjawab: “Namailah dengan namaku tetapi jangan menggelari dengan gelaranku. Aku bergelar 'Qasim' (yang membahagi), kerana aku membahagi-bahagikan rahmat Allah di antara kamu sekalian.” (Shahih Muslim, no: 3976)

Kemungkinan orang yang mengatakan tidak boleh bermaksud, tidak boleh berkeyakinan bahawa nama “Muhammad” akan memberi sesuatu keutamaan bagi pemiliknya di hari akhirat kelak. Hadis-hadis yang menyatakan keutamaan nama “Muhammad” setahu saya tidak ada yang sahih sehingga tidak boleh dijadikan hujah untuk urusan di hari akhirat.

Seperkara lain, nama “Muhammad” adalah nama yang baik lagi indah, maka cukuplah dengan nama “Muhammad” sahaja. Tidak perlu menambah nama lain seperti Muhammad Fadzli, Muhammad Ikram atau lain-lain. Jika diperhatikan semua nama para Nabi dan Rasul di dalam al-Qur’an, semuanya satu perkataan sahaja.


313 Nama-nama Nabi Dan Rasul

ADAM (1)
SYITH
ANUS
QINAQ
MAHYAIL
AKHNUKH
IDRIS (2)
MUTARASHDAKH
NUH (3)
HUD (4)
ABHAF
MARDARIM
SYARAQ
SALLEH (5)
AZFAHSYA
SAFWAN
HANZALAH
LUT (6)
ISAN
IBRAHIM (7)
ISMAIL (8)
ISHAQ (9)
YA'KUB (10)
YUSUF (11)
SYAMAIL
SYUIB (12)
MUSA (13)
LUTAN
YA'WA
HARUN (14)
KALIL
YUSHA'
DANIAL
YUNUSH
BALIA
ARMIA
YUNUS (15
ILYAS (16)
SULAIMAN (17)
DAUD (18)
ILYASA' (19)
AYYUB (20)
AUS
ZANIN
ALHAMIA
SABIT
GHABIR
HAMILAN
ZULKIFLI (21)
UZAIR
IZQALAN
'IZAN
ALWUN
ZAIN
'AZIM
HARBUD
SYAZAN
SA'AD
GHOLIB
SYAMAS
SYAM'UN
QOYADH
SODHO
SORAM
INADH
SAYAM
AUDHUN
BUYURZAR
KAZUL
BASAL
BASAN
LAKHIN
GHALDAT
RASUGH
RASHAIN
ALMUN
LUGH
BARSUA
AL AZIM
RASYAD
SYARIB
HAIBAL
MILAN
IMRAN
HARYIB
JURAIT
SYAMAG
SARIKH
SAFAN
QUBAIL
DHOGFA'
ISUN
ISAF
SODIF
BARWAQ
HASIM
HIYAM
ASIM
WAJAN
MISDA'
ARIS
SYARJIL
KHORBIL
KHORQIL
ASYMU'IL
SHAMDAM
KABIR
SIBAT
UBBAD
BASLAKH
RAIHAN
AMDAN
MIRQAN
HINAN
LUHANA
WALAM
BA'YUL
BASAS
HABAN
AFLIQ
QAZIM
NASIR
AURIS
MADH'AS
JUZAIMAH
SYARU
WAHIL
MA'NA'IL
MUDRIK
HARIM
BARAQ
HARMIL
JABID
ZARQAN
ASFUN
BARJAJ
NAWA
HAZRAIN
ASHBIL
ATAF
MUHIL
ZANJIL
SYAMTAN
ALQUM
HUWAILID
SOLAH
SANUKH
RAMIL
ZAMIL
QASIM
BAYIL
BAZAL
KABLAN
BATAR
HAJIM
JAWAH
JAMIR
HAJAN
RASAL
WASAM
RADAN
SADAM
SYUSHA
JAZAN
SOHAD
SOBHAN
KALWAN
SOAD
GHOFRAN
GHAYAR
BULDAKH
HAIDAN
LAWA
HAIRA'
NASO
HANAK
HAFIKH
KASYIKH
LAFAS
NAYAM
HASYIM
HIJAM
MAIZAD
ASIMAN
RAHILA
LATAF
BARTHAFURAN
ABAN
AURAIS
MUHMATASAR
ANIN
NAMAKH
HANDAWIL
MABSHAL
MUDH'ATAM
THOMIL
THOBIKH
MAHMAM
HAJRAM
'ADUN
MANBAD
BARUN
RAWAN
MA'BAN
MAZAHIM
YAHID
LAMA
FARDAN
JABAR
SALUM
'IS
HARBAN
JABUK
YABUJ
MINAT
QANUH
DARBAN
SOKHAM
HARODH
HIRADH
HARQIA
NUKMAN
AZMIL
MAZHAM
MAIDAS
YANUKH
YUNUS
SASAN
FARYAM
FARYUSH
SUHAIB
RUKNU
RUKHNU
AMIR
SAHNAQ
ZAHUN
HINIM
AYAB
SOBAH
ARFUN
MIKHLAD
MARHAM
SONID
GHALIB
ABDULLAH
ADRAZIN
ADSAR
ZAHRAN
BAYA'
NADZIR
HAURIN
KAIWASYIM
FATWAN
'ABUN
RABAKH
SOBAKH
MASLUN
HIJAN
RUBAL
RABUN
MA'ILA
SAYAN
ARJIL
BAIGHIN
MATDHOH
ROHIN
MAHRAS
SAKHIN
HIRFAN
MAHMUN
HAUDHAN
ALBA'UN
WA'DU
RAKHYUL
BAIGHAN
BAITIHUR
HAUZOBAN
'AMIL
ZAHRAM
'AIS
SOBIH
YATBA'
JARAH
SUHAIB
SOBHAN
KALMAN
YUKH
SAMYUN
'IRDHUN
AUHAR
YALBAQ
BARA'
'AIL
KAN'AN
HAFDUN
HISMAN
YASMA'
'IRFUR
ARMIN
FADHAN
SOFA
SYAM'UN
RASAS
IQLABUN
SYAKHAM
KHA'IL
AKHYAL
HAYAJ
ZAKARIA (22)
YAHYA (23)
JARJIS
ISA BIN MARYAM (24)
MUHAMMAD S.A.W (25)

Nama-name Rasul yang wajib diketahui:

ADAM
IDRIS
NUH
HUD
SALLEH
LUT
IBRAHIM
ISMAIL
ISHAQ
YA'KUB
YUSUF
SYUIB
MUSA
HARUN
YUNUS
ILYAS
SULAIMAN
DAUD
ILYASA'
AYYUB
ZULKIFLI
ZAKARIA
YAHYA
ISA BIN MARYAM
MUHAMMAD S.A.W

KHASIAT ULAM-ULAMAN KETIKA BERPANTANG


Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.


Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


CARA TRADISIONAL RAWAT RUAM PADA BAYI ANDA..


Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.

Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.


Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.

Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak.  Sapukan pada kulit bayi.

Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.


TIPS RAWAT KERACUNAN MAKANAN DENGAN KAEDAH TRADISIONAL


Tips Menangani Kes Keracunan Makanan di Rumah

Masalah keracunan makanan ada kalanya terjadi pada seseorang, dan menyebabkan sakit perut atau mual dan muntah. Bila terlambat ditangani, penderita bisa masuk rumah sakit dan mengalami hal yang tak diinginkan.

Karena itu penanganan secepatnya harus dilakukan begitu terasa gejala tak nyaman usai memakan makanan tersebut, agar efek dari keracunan makanan tidak makin parah. Berikut adalah tips mengatasi keracunan makanan dengan memakai bahan makanan alami yang ada di rumah, seperti dilansir oleh situs Boldsky:

Teh hitam. Asam tannic yang terdapat pada teh hitam adalah salah satu obat bagi keracunan makanan. Minum satu cangkir teh hitam bila Anda merasa sakit perut karena bakteri penyebab keracunan makanan.
Jahe. Konsumsi air jahe hangat, atau campurkan jahe dalam secangkir teh yang Anda konsumsi. Ini bisa mengurangi rasa tak nyaman akibat keracunan makanan. Jahe adalah antibiotik alami yang manjur.
Air putih. Minum banyak air putih untuk menetralisir pengaruh racun dalam makanan Anda, dan untuk mempercepat proses pembersihan perut.
Lemon. Anda bisa menambahkan perasan air lemon dalam air putih yang Anda konsumsi. Pada lemon ada banyak kandungan asam yang berguna untuk membunuh bakteri di perut yang jadi penyebab keracunan makanan.
Daun basil. Basil bermanfaat menyembuhkan infeksi dan gangguan di perut.
Pepermin. Sama seperti daun basil, daun pepermin juga baik untuk menyembuhkan infeksi di perut.
Gula pasir. Konsumsi air gula bermanfaat untuk menambah energi pada pasien keracunan makanan. Biasanya pasien akan merasa lemas dan kehabisan energi bila mengalami kejadian tersebut.
Yogurt. Yogurt bersifat menetralisir pengaruh keracunan, juga menjadi antiseptik. Ia dapat membunuh bakteri jahat yang menyebabkan keracunan.
Cuka apel. Satu sendok cuka apel pun dapat membantu meringankan gejala keracunan yang Anda alami.



Diserang sakit perut akibat keracunan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Paling tidak selesa apabila diserang sakit perut ketika sedang nyenyak tidur di tengah malam. Tentu sahaja sukar untuk anda pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Namun, sakit perut akibat keracunan makanan boleh juga dirawat menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah anda.

Lidah buaya

Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh jus lidah buaya.

Delima

Delima merah dikatakan boleh mengatasi masalah cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Daun peppermint

Daun yang berasa segar dan pedas ini memang sedap dimakan bersama mihun sup atau teh panas. Pepermint juga boleh menjadi ubat jangkitan perut yang disebabkan keracunan makanan.

Lemon

Semua orang seeloknya menyimpan buah lemon dalam peti sejuk masing-masing. Lemon terkenal banyak khasiatnya termasuk membunuh bakteria jahat dalam perut yang membuatkan cirit-birit.

Yogurt

Yogurt yang berkrim juga adalah anti septik terbaik untuk perut yang dijangkiti bakteria. Masalah pencernaan dapat diselamatkan dengan bertambahnya bakteria baik yang diperoleh apabila makan yogurt.

DIDIK ANAK UNTUK SOLAT


Soalan:

Anak kedua saya seorang lelaki dan bakal berusia 7 tahun hujung tahun ini. Dia sudah boleh mengerjakan solat dengan bacaan yang lengkap. Masalahnya setiap kali solat berjamaah sekeluarga, dia akan bermain dan enggan membaca bacaan yang sepatutnya dibaca. Sudah puas saya menasihatkan dia dan memberitahu akan kewajipan bersolat. Sekejap sahaja dia mengikutnya. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengasuh anak agar tahu tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim?

Jawapan:

Kanak-kanak amat suka apabila dia mendapat perhatian orang-orang dewasa. Mereka akan melakukan apa saja untuk mendapat perhatian. Ini termasuklah membuat perkara-perkara yang tidak disukai oleh ibu bapanya, kerana dengan melakukan perkara tersebut mereka akan mendapat perhatian ibu bapa dalam bentuk nasihat dan teguran.

Bahkan ada yang menyukai ibu bapa memarahi mereka, kerana ketika sedang marah ibu bapa sedang bercakap dengan mereka, memandang kepada mereka dan berhenti daripada apa-apa urusan lain semata-mata untuk fokus kepada mereka.

Apabila solat berjamaah, semua ahli keluarga sedang khusyuk solat sehingga kanak-kanak berasakan dirinya tidak mendapat perhatian. Maka mereka akan cuba bermain-main dan enggan solat kerana perbuatan tersebut akan meraih perhatian ibu bapa.

Oleh itu dalam kes di atas, dicadangkan agar tidak mengajak anak untuk solat berjamaah. Sebaliknya suruhlah anak solat bersendirian sementara anda duduk di sebelah memerhatikannya dari takbir hingga salam.

Jika semuanya baik dan betul berilah pujian dan perhatian. Jika ada yang kurang, jangan beri apa-apa perhatian, tinggalkan beliau berseorangan untuk beberapa ketika yang lama. Melalui cara ini anak akan tahu bahawa untuk meraih perhatian ibu bapa bukanlah dengan cara enggan solat, tetapi melaksanakan solat dengan baik dan betul.



Contoh

BAGAIMANA WARDINA MENDIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…”

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Video Ini Memperlihatkan Seorang Kanak-kanak Perempuan Yang Pandai Mengaji Beberapa Surah Di Dalam Al Quran.