2/06/14

SEGERA TANGANI MASALAH KECUAIAN IBU BAPA - TAN SRI LEE LAM THYE

Sejak dua menjak ini banyak kes penderaan dan pembunuhan yang berkait rapat dengan kanak-kanak.Ianya melibatkan kaum melayu yang dikatakan semakin membimbangkan.Keadaan ini amat mendukacitakan dan mengejutkan bagi mereka yang benar-benar sayangkan anak.Tindakan luar dugaan seperti `haiwan` ini semakin kerap berlaku di negara kita.Apakah punca dan sebab perkara ini boleh berlaku?Apakah tindakan wajar dari pihak berwajib seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau jabatan-jabatan di bawah kelolaannya untuk menangani masalah `moral` yang semakin teruk dikalangan rakyat Malaysia sekarang.Apakah visi dan misi mereka tercapai kerana saban hari kita mendengar kisah-kisah yang menyayat hati ini di dada-dada akhbar dan juga media elektronik.

Kerajaan patut menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Keselamatan dan Perlindungan Kanak-kanak, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.


Beliau berkata, majlis itu boleh menjadi platform untuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membincangkan secara mendalam perkara berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.

“Majlis itu juga boleh mengkaji semula undang-undang sedia ada seperti Akta Kanak-kanak 2001 dan peraturan lain agar langkah lebih berkesan boleh diambil untuk melindungi kanak-kanak,” katanya.

Lee berkata, memandangkan kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak semakin meningkat kebelakangan ini, maka langkah berkesan perlu diambil untuk menanganinya.

“Ada kes ibu bapa bersikap cuai dan memandang remeh terhadap keselamatan kanak-kanak...maka majlis itu juga boleh membincangkan dan mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut,” katanya.

Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut terjatuh daripada tingkat tiga sebuah pusat membeli-belah ketika menggunakan eskalator.

Share this

0 Comment to "SEGERA TANGANI MASALAH KECUAIAN IBU BAPA - TAN SRI LEE LAM THYE"

Catat Ulasan