Kira-kira 54 peratus kanak-kanak di Amerika Syarikat dan negara membangun menghidap satu atau lebih penyakit kronik dan berdasarkan saintis MIT, jika tiada sebarang tindakan, menjelang 2025 satu dalam dua kanak-kanak akan menghidap autisme.
Autisme adalah ketidakupayaan yang mendatangkan kesan teruk ke atas perkembangan penghidapnya yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat. Autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri.
Ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Autisme juga dikenali sebagai gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak serta dalam proses informasi.
Ia berlaku kepada satu hingga dua kanak-kanak dalam 1,000 dan terjadi empat kali lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Biasanya ia dikenal pasti ketika usia kanak-kanak mencecah usia tiga tahun.
Penulis buku Brighton Baby, Dr Roy Dittmann berkata, kebanyakan individu menderita akibat kekurangan mineral yang kronik dan tidak seimbang disebabkan tanah kekurangan mineral.
“Keadaan ini mengakibatkan makanan kita kekurangan nutrisi. Kemurungan selepas bersalin dan penyakit kanak-kanak adalah tanda kekurangan mineral. Begitu juga keadaannya seperti petani pintar akan menyiram tanaman mereka menggunakan air laut bagi mengembalikan mineral ke tanah mereka.
“Setiap kanak-kanak dilahirkan berbeza. Kekurangan mineral boleh menjejaskan kesihatan. Mineral adalah perlu bagi pengangkutan oksigen, metabolisme tenaga, pertumbuhan dan perlindungan sel dan saraf,” katanya ketika ditemui media pada pelancaran Kington Minerale di ibu negara, baru-baru ini.
Kington Minerale menghadam, menyerap serta menggunakan nutrien daripada makanan. Ia juga berupaya mengembalikan kembali mineral kepada badan dan menambah baik persekitaran epigenetik.
Kepekatan mineral yang tinggi dalam Kington Minerale menggalakkan penghantaran 83 jenis mineral dalam sistem saraf pusat untuk mengekalkan minda sihat dan aktif.
Menurut Dr Roy, Kington Minerale mengandungi enzim hidup, faktor sampingan serta sinergi yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
“Mineral seperti kumprum, kalsium,magnesium, besi dan kalium boleh membantu mengurangkan kemurungan.
“Terapi Cease menggunakan Kington Minerale sebagai sebahagian daripada rawatan autisme yang dibangunkan oleh Dr Tinus Smits. Ia berjaya merawat lebih daripada 300 pesakit autistik, dan memberi mereka kehidupan normal semula,” katanya.
TANDA DAN GEJALA
Tanda dan gejala berlaku disebabkan tiga faktor utama:
KOMUNIKASI
- Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
- Bahasa tanpa lisan yang tidak normal contoh, kurang pergerakan anggota badan
- Kurang cerdas semasa bermain
- Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
- Tindak balas sosial
HILANG TUMPUAN DAN KURANG MIMIK MUKA
- Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
- Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Suka bermain sendirian
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
- Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke depan dan belakang, mengangguk kepala
- Menumpukan perhatian kepada satu objek saja seperti tayar kereta mainan
- Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
- Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara
KOMPLIKASI
Seseorang yang menghidap autisme akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing
- Peringkat awal kanak-kanak - Hiperaktif, panas baran
- Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
- Peringkat remaja dan dewasa - kemurungan dan epilepsi
RAWATAN
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk:
- Membaiki kemahiran sosial
- Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
- Menambah baik komunikasi verbal dan non verbal
- Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya
- Tiada ubat dapat menyembuhkan autisme, tetapi beberapa jenis ubat dapat mengawal gejala yang timbul disebabkan autisme seperti:
- Kelakuan ganas
- Hiperaktif
- Kebimbangan yang mungkin timbul
- Rehabilitasi
0 Comment to "BAHAYA AUTISME PADA KANAK-KANAK"
Catat Ulasan