1/10/15

KETAHUI APA ITU KETUMBUHAN FIBROID DALAM RAHIM

SOALAN : Saya mengalami haid yang agak banyak sejak enam bulan kebelakangan ini dan telah berjumpa doktor. Doktor mendapati bahawa saya mempunyai fibroid. Saya ada beberapa soalan berkenaan fibroid. Adakah fibroid boleh menjejaskan kesihatan setiap individu? Siapakah yang berisiko untuk mempunyai fibroid? Bagaimanakah manifestasi bagi mereka yang mempunyai fibroid? Mohon doktor perjelaskan.

JAWAPAN : Fibroid merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim. Fibroid atau nama lainnya leiomyoma merupakan salah satu ketumbuhan benigna yang wujud di dalam rahim dan boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda.

Fibroid membesar secara perlahan-lahan di beberapa lokasi yang berbeza. Pada kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Wanita yang berisiko untuk mempunyai fibroid ialah wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m, wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan juga wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala atau simptom wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.

Walau bagaimanapun, fibroid biasanya tidak mempunyai gejala. Lebih kurang 80 peratus wanita tidak mengalami gejala. Hal ini menyebabkan fibroid tidak dapat dikesan. Menoragia atau perdarahan berlebihan ketika haid merupakan tanda utama yang dialami oleh wanita yang mengalami fibroid. Akan tetapi, bebas daripada tanda ini tidak bermakna kita bebas daripada fibroid dan juga sebaliknya. Bagi wanita yang menghidap fibroid dan mengalami simptom, mereka perlu dirawat untuk mengurangkan simptom yang dihadapi sama ada secara rawatan ubatan seperti pil hormon dan suntikan ataupun secara pembedahan dan sebagainya.

Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur (usia reproduktif) akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak. Hal ini demikian kerana para pengkaji menyatakan bahawa anak yang dikandung pada umur ini kurang berisiko untuk mengalami kecacatan. Selain faktor umur, wanita juga perlu menitikberatkan berat badan mereka kerana hal ini juga merupakan faktor risiko fibroid. Fibroid juga dikatakan berisiko kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid mahupun mereka yang tidak pernah melahirkan anak.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, apabila fibroid membesar, ia akan menekan salur darah dan menyebabkan kawasan itu tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen dan dikenal sebagai iskemia. Seterusnya, keadaan ini boleh merangsang sel-sel di sekitar kawasan itu untuk menghasilkan bahan kimia yang akan merangsang pusat kesakitan. Hal ini akan mendatangkan gejala kesakitan yang teruk pada bahagian pelvis. Selain itu, proses pengecutan oleh miometrium ketika haid untuk mengeluarkan ketulan fibroid juga akan menyebabkan kesakitan. Wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesakitan setiap kali waktu haid. Mereka juga akan berasa lenguh atau kurang selesa atau berasa berat (heaviness) di kawasan pelvis. Dalam keadaan tertentu, ketulan fibroid yang tersekat pada bahagian pelvis akan memberikan tekanan pada saraf di bahagian tersebut. Pesakit akan mengalami sakit di bahagian punggung dan menjalar ke bahagian bawah.

Jika fibroid berada di bahagian pangkal rahim, keadaan ini akan menyebabkan kesakitan ketika mengadakan hubungan seks (dyspareunia). Bagi wanita hamil yang mengalami fibroid, mereka juga akan berasa sakit kerana fibroid menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, fibroid akan mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Proses inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita hamil yang mempunyai fibroid pada bahagian rahim.

Tekanan
Fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing dan kadang-kadang mereka akan mengalami kesukaran untuk kencing. Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila berlaku jangkitan kuman pada pundi kencing, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

Pembesaran Rahim dan Perut
Jika fibroid cukup besar, ia akan menyebabkan pembesaran pada saiz rahim dan juga perut. Seseorang wanita itu akan kelihatan buncit di bahagian bawah perut. Perlu diingatkan bahawa keadaan ini bukan disebabkan oleh penambahan berat badan yang ketara.

Keguguran
Ketumbuhan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran kandungan. Hal ini bergantung pada saiz fibroid dan lokasinya. Jika fibroid besar dan berada dalam rongga rahim, ia akan mengubah dinding rahim dan seterusnya mengganggu proses penempelan embrio (janin). Oleh itu, wanita itu akan mengalami keguguran pada awal kandungan lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua fibroid akan mengganggu kehamilan dan menyebabkan keguguran.

Infertiliti
Mengikut kajian yang dilakukan, fibroid mempengaruhi infertiliti sebanyak lebih kurang lima peratus sahaja. Infertiliti yang terjadi pada wanita yang menghidap fibroid bukan disebabkan oleh fibroid semata-mata. Hal ini demikian kerana mengikut kajian yang dilakukan, fibroid tidak mengganggu proses pengovulan (ovulasi).

Jadi, wanita yang mempunyai fibroid tidak semestinya mengalami kesukaran untuk hamil. Ada kalanya, jika kesukaran untuk hamil berpunca daripada fibroid itu sendiri, hal ini mungkin disebabkan oleh saiz fibroid yang besar dan menyekat salur Fallopio. Jadi, ovum (telur) yang melalui salur Fallopio itu tidak dapat berjumpa dengan sperma (benih lelaki) dan dengan itu persenyawaan tidak dapat berlaku.

Selain masalah kesuburan, bagi wanita yang berjaya hamil, fibroid mungkin akan menimbulkan masalah sepanjang kehamilannya. Antaranya termasuklah mengganggu kedudukan bayi dalam kandungan seperti songsang, melintang dan sebagainya. Dengan itu, proses kelahiran tidak dapat berlaku secara normal. Pembedahan caesarean terpaksa dilakukan ke atas wanita tersebut. Tidak semua wanita mengalami gejala seperti yang disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak akan memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu simptom yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid.

Share this

5 Responses to "KETAHUI APA ITU KETUMBUHAN FIBROID DALAM RAHIM"

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun daun herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  2. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun daun herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  3. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun daun herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  4. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun daun herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  5. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.