14/05/14

JAMINAN KESELESAAN UNTUK SI MANJA YANG AKTIF


Menukar lampin untuk si manja yang kerap meragam satu cabaran besar buat ibu bapa. Pertama kali melakukannya pasti akan kelam-kabut. Namun, tugas menukar lampin akan lebih mudah jika kita tahu cara dan teknik yang betul.

Si manja yang selalu meragam ketika menukar lampin boleh dikawal dengan memberinya mainan untuk mengelakkan gang­guan. Ibu bapa juga boleh menjadikan masa menukar lampin sebagai masa bermain bersama anak. 

Si manja boleh dilatih dengan membantu memegang lampin bersih atau menolong anda memegang tisu basah ketika sedang menukar lampinnya. 

Lampin amat mudah ditukar ketika si manja anda berdiri. Walaupun lampin agak berat dan longgar, proses ini lebih mudah jika dibandingkan dengan cara penukaran yang lain.

Selain itu, anda boleh berkomunikasi, bernyanyi, bermain atau berinteraksi dengan si manja. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dengan cuba mengalihkan perhatian atau memegang si manja.


Ketika bayi memasuki usia tiga hingga lima bulan, lampinnya akan kerap basah dan kekerapan buang air besar yang lebih banyak. 

Ketika mencecah umur enam bulan hingga 12 bulan, si manja memerlukan makanan pepejal untuk meleng­kapkan pengambilan nutrien. 

Tanpa kita sedar, terdapat ba­nyak perubahan peralihan si manja. Najis si manja anda yang baru mengambil makanan pejal akan lebih keras dan berbau. Si manja juga boleh terdedah dengan ruam lampin jika ibu bapa tidak peka dengan waktu penukaran lampin. 

Si manja yang mula aktif dan belajar merangkak ketika usia ini amat memerlukan lampin yang lebih lembut dan fleksibel dengan pelekat yang kuat. 

Setiap jenama lampin pakai buang memperkenalkan kuasa penyerapan kebasahan. Namun, ibu bapa perlu memandang perkara ini dalam skop yang lebih luas iaitu lampin dengan keselesaan terunggul. 

Drypers melalui lampin pakai buang terbaru amat mementingkan keselesaan yang terunggul buat bayi anda. Teknologi terkini dalam proses pembuatan lampin memastikan si manja anda kekal kering dan selesa ketika bermain. 

Lampin ‘Drypers Wee Wee Dry’ terbaru ini direka bagi mengekalkan keselesaan bayi sepanjang hari. Si manja yang kekal selesa akan lebih seronok untuk bermain dan belajar benda baru. 

‘Active Absorb Layer’ yang digunakan lampin Drypers ini mampu menyerap kebasahan jauh ke dalam dan mengagih air kencing ke dalam lampin agar kulit si manja sentiasa kering dan selesa untuk bergerak aktif sepanjang hari. 

Lampin ini mengandungi empat jenis ekstrak tumbuhan semula jadi yang terkenal untuk kelembapan iaitu aloe vera, chamomile dan ekstrak zaitun berserta vitamin E yang membantu memastikan kulit bayi kekal sihat dan selesa. 

Pelekat ‘Flexi Tape’ yang mudah ditanggal dan dilekat berulang kali juga memberi nilai tambah untuk lampin ini. Reka bentuk lampin yang direka khas ini memberi kelegaan si manja anda bergerak aktif. 

Pengaliran udara ‘Cloth Like Cover’ memastikan kulit bayi tidak panas dan sentiasa segar dan selesa. Pinggang bayi juga akan berasa selesa melalui bahagian belakang yang boleh diregang dan pengawal kebocoran yang selesa untuk kaki bayi.

Share this

0 Comment to "JAMINAN KESELESAAN UNTUK SI MANJA YANG AKTIF"

Catat Ulasan