Soal pemakanan sering diberi perhatian apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung. Keprihatinan daripada ahli keluarga memberikan makanan cadangan yang mesti diambil oleh bakal ibu kadang kala membuatkan ibu berasa keliru.
Terlalu banyak cadangan yang diberikan, membuatkan ibu bingung mana satu yang hendak diikuti. Sebenarnya anda tidak perlu bimbang atau keliru terhadap makanan cadangan yang disarankan. Sekiranya cadangan tersebut berkaitan dengan buah dan sayuran, maka tiada masalah untuk mengikutnya.
Sememangnya ibu hamil dicadangkan untuk makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ia bagus untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Khasiat yang ada dalam buah dan sayur membekalkan pelbagai nutrisi untuk menjaga kesihatan ibu dan anak.
Oleh itu bakal ibu disarankan makan tidak kurang daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari. Ibu boleh mempelbagaikan jenis sayuran dan buah-buahan yang dimakan selain daripada memvariasikan cara hidangannya sama ada secara mentah, dibuat jus, distim, digoreng dan lain-lain.
Bagaimanapun, pakar pemakanan lebih menggalakkan ibu hamil makan sayur-sayuran dan buah-buahan secara segar untuk memastikan vitamin didalamnya terpelihara dan dapat dinikmati oleh ibu hamil tanpa sebarang kerosakan.
0 Comment to "PENTING BUAH-BUAHAN BUAT SI IBU YANG SEDANG HAMIL"
Catat Ulasan